Wednesday, 27 January 2016

Petua Elak Kucing Berak


Petua Elak Kucing Berak Halaman Rumah

CUKA
Curahkan cuka di halaman rumah. Kaedah ini hanya bertahan 2 hari sahaja untuk menghalang kucing anda berak di halaman rumah.

BELERANG
Taburkan belerang di kawasan kucing anda melepaskan hajat. Kaedah ini juga menghalang binatang berbisa, ular memasuki rumah

LADA HITAM
Didihkan air panas kemudian masukkan 2 sudu lada hitam dan kacaukan. Tunggu sehingga 5 minit kemudia semburkan ke kawasan kucing anda melepaskan hajat.

DAISO
Pergi kedai Daiso. Tanya pekerja di situ Cat Repellent. Baca arahan sebelum menggunakan Cat Repellent

Semua ini adalah petua elak kucing berak merata-rata


SELAMAT MENCUBA!!!

Isteri Sentiasa Dara.....ermmm,,,




Surah Al-Waqiah, ayat 35-38
Petua Rahsia Isteri Sentiasa Dara-Ustazah Dr. Fatimah Zahra yang menurunkan petua ini untuk kaum ibu  dan isteri supaya menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan diri luar dan dalam.

Petua Rahsia Isteri Sentiasa Dara adalah:

Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x dan Surah Al-Waqiah, ayat 35-38 sebanyak 7x. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
 Maksud  Surah Al-Waqiah, ayat 35-38:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (36).Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (37) Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan (38)”.

Sean Penn Berhenti Merokok Kerana Charlize Theron



Sean Penn berhenti merokok demi menjaga hubungannya dengan Charlize Theron.

PELAKON dan pemenang Anugerah Akademi, Sean Penn dilaporkan berhenti merokok demi tunannya, aktres Charlize Theron.
Menurut laporan Radar Online, Sean mengambil keputusan untuk membuang tabiat itu selepas Charlize memintanya untuk tidak lagi merokok dihadapannya dan anak angkat mereka, Jackson.

"Sean adalah seorang perokok tegar untuk bertahun-tahun lamanya namun selepas bercinta dengan Charlize dia mengambil keputusan untuk berhenti.

"Charlize bagaimanapun tidak menekan teman lelakinya untuk berbuat demikian tetapi hanya meminta lelaki itu tidak merokok dihadapannya dan anak mereka namun pelakon itu mengambil keputusan untuk berhenti," kata sumber rapat pasangan itu.

Sean, 54, menjalinkan hubungan dengan Charlize sejak 2013 memberitahu mahu menjadi seorang lelaki sihat disamping insan tersayang.

Pasangan itu dijangka akan berkahwin pada penghujung tahun ini.

Malaysia Siap Sedia Hadapi Fenomena Puting Beliung


PUTRAJAYA – Malaysia yang selama ini tidak pernah mengalami fenomena puting beliung, kini bersiap sedia menghadapinya.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail berkata negara mengalami lapan kejadian puting beliung tahun lalu, masing-masing empat di darat dan empat di laut yang juga dikenali sebagai ‘belalai air’.
Beliau berkata fenomena puting beliung, ribut petir kuat, taufan dan angin kencang merupakan kesan daripada perubahan iklim serta pemanasan global.
“Sebelum ini puting beliung amat jarang berlaku di negara kita. Tetapi tahun lalu ia berlaku. Kemungkinan ia akan berulang atau sebaliknya tidak boleh diramalkan kerana Malaysia masih belum mempunyai kepakaran meramalkannya,” katanya kepada Bernamasempena sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2015 esok.

Sehubungan itu Che Gayah berkata MetMalaysia sedang berusaha membawa pakar dari Jepun untuk melatih lebih ramai pegawai cuaca tempatan mengenai kaedah terbaik untuk membuat ramalan tentang puting beliung.
“MetMalaysia juga kemungkinan akan menghantar pegawai ke Amerika Syarikat yang mempunyai ramai pakar, pengalaman serta peralatan canggih berkaitan puting beliung,” jelasnya.
Sambutan Hari Meteorologi Sedunia disambut setiap 23 Mac yang kali ini bertemakan ‘Iklim: Pengetahuan Untuk Tindakan’.
Beliau berkata tema itu membolehkan negara anggota Pertubuhan Metereologi Sedunia merangka pelan tindakan dan mitigasi untuk menghadapi perubahan iklim.
Che Gayah berkata sempena hari sambutan, MetMalaysia akan melancarkan “myCuaca” iaitu aplikasi telefon pintar yang menyediakan ramalan dan amaran cuaca harian, gempa bumi dan tsunami serta imej terkini bagi satelit dan radar.
Beliau berkata aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apps Storesecara percuma.
Pelancaran aplikasi itu merupakan anjakan MetMalaysia yang antara lain bertujuan meningkatkan kemudahan, kecekapan dan ketelusan sistem penyampaian maklumat serta perkhidmatan kepada rakyat melalui penggunaan teknologi aplikasi mudah alih, katanya.
- BERNAMA

FILEM AMERICAN SNIPER BURUKKAN IMEJ ISLAM


Penduduk Muslim di Amerika Syarikat (AS) kini berdepan ancaman kempen anti-Islam yang semakin meningkat susulan daripada penghasilan filem berjudul American Sniper.
Filem American Sniper burukkan imej Islam – Susulan daripada itu, Jawatankuasa Antidiskriminasi Arab-Amerika (ADC) bertindak menghantar surat kepada pengarahnya, Clint Eastwood dan aktor Bradley Cooper sebagai membantah filem tersebut.
Menurut jurucakap ADC, majoriti ancaman keganasan yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu dipercayai berpunca daripada gambaran imej buruk orang Arab dan Islam dalam filem terbabit. Menurutnya lagi, mereka turut menerima ratusan mesej menerusi media sosial yang membantah filem bercorak perang tersebut.
Filem mengisahkan kisah benar mengenai penembak tepat terhandal AS, Chris Kyle yang dihantar menyertai misi di Iraq itu mula ditayangkan awal bulan lalu dan turut dicalonkan dalam enam kategori Anugerah Akademi.
FILEM AMERICAN SNIPER BURUKKAN IMEJ ISLAM
Kyle dinamakan sebagai penembak tepat paling berbahaya kerana telah membunuh lebih 100 orang sepanjang dia berkhidmat dalam unit elit tentera laut AS, SEAL. Bekas tentera elit itu bagaimanapun ditembak mati di sebuah pusat menembak di Texas pada 2013. – AFP

Cara Menghalau Lalat


cara menghalau lalat women online magazine 7 Cara Menghalau Lalat

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, diisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.
Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.
Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.
Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.
1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.
4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.
5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak ditimpa penyakit di kemudian hari.

Sami Kebal Gerudi Kepala


MIANZHU, China – Seorang sami Shaolin melakukan aksi ngeri menggerudi kepala sendiri selama 10 saat dengan mesin gerudi elektrik bagi menunjukkan kejayaannya berlatih ilmu mempertahankan diri. 

Zhao Rui, 24, turut membengkokkan sebatang besi menggunakan tengkuk selain berbaring di atas pacak besi sambil memecahkan batu menggunakan kepalanya ketika beraksi di rumahnya di sini baru-baru ini. 

Menurut laman web People’s Daily Online, kulit kepala Rui cuma sedikit kemerahan di tempat gerudi itu dikenakan. Rui bagaimanapun mengakui pernah luka ketika berlatih dengan mesin gerudi itu sehingga menyebabkan sebahagian kulit kepalanya terkoyak. 

“Memang agak menyakitkan ketika itu tetapi saya sudah pulih dan belajar daripada pengalaman. Sekarang saya boleh menggerudi kepala tanpa sebarang masalah. 

“Saya mahu mempunyai badan yang sangat kuat. Percaya atau tidak, saya agak gugup semasa kecil tetapi saya kini mampu memecahkan batu menggunakan kepala. Kekuatan ini memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada saya,” katanya. 

Pakar kungfu itu mula mempelajari ilmu mempertahankan diri sejak kecil dan menjelang usia 16 tahun, Rui meninggalkan rumahnya untuk menyertai Kuil Shaolin. Selepas dua tahun, dia meninggalkan kuil tersebut untuk menyambung latihan bersama pakar-pakar kungfu lain. – Agensi